Monday 14 May 2012

MAINAN RASA

Mainan Rasa

Entah kenapa diri ini menyepi
Sekian lama diruangan ini
Dan disudut diri...
Mencari dan mencari sambil menghitung
Hari-hari yang berlalu sepi...
Mungkin masa, keadaan dan ketidak sangkaan
Diluar kawalan jangkaan
Menjadi penyebab diri ini menyepi seketika
Dari ruangan ini...
Minda membeku
Jejari terkaku
Lidah kelu
Bibir membisu...
Bukan muak bukan jelek
Seketika cuma aku rasa tidak mampu
Membariskan kata-kata demi
Bebanan rasa dan jiwa yang bergelora...
Barangkali dibawah sedar aku mengeluh dan
Mengeluh setiap masa
Walau diri ini sendiri tidak merelakanya....
Terlalu banyak bebanan yang dipendam cuma
Yang disimpan disudut rasa 
Dimamah oleh naluri jiwa...
Hmmmm....Diri hanya mampu berdoa dan berdoa
Agar semua ini hanya seketika
Agar semua ini bukan lagi ujian Nya...
Harapan demi harapan
Aku  garapkan demi kerana impian
Demi kerana Aku ini insan
Yang mencari Bahagia sepanjang riwayat nyawa...!!

Aku tetap Aku
Onne

No comments:

Post a Comment