Sunday, 12 January 2014

AKU TIDAK TAHU

AKU TIDAK TAHU

Aku tidak tahu kapan bila
Aku harus begini...
Tertunggu-tunggu dan ternanti-nanti
Tiada siapa yang mengerti
Baik aku sendiri
Mahu pun yang tiada peduli..

Aku tidak tahu
Kian mengapa aku terkedu
Tiada kata melain sendu
Mendayu dihati simfoni pilu...
Aku hanya aku
Dan aku pun tidak tahu...

Aku tidak tahu dan tidak
Akan aku tahu...
Siapakah yang akan
Membawa aku pergi...
Menyelamat sebuah perjalanan sepi
Dalam mainan rasa disudut hati...

Aku tidak tahu
Dimana bermula dan berakhir..
Adakah ini satu mimpi ngeri atau
Sebuah hikayat diri...
Kerana aku sendiri
Tidak akan tahu melainkan aku
Diberi sejuta deria rasa
Dan mukjizat diri....

Aku tidak tahu
Dan tidak akan tahu
Seabad dan berabad lagi
Demi kerana aku hanya mampu
Berpasrah sendiri....

Aku....
Wann76

Saturday, 8 September 2012

One (Wan) Last Try

The Things I've Done I Can't Explain
I Know Because I Know It's Hurt
And Causes Pain...
I Can't Stay I Didn't Know
What Was I Doing
I Don't Know What Was I Thinking
Or What Was I Praying
Had A Special Love But Threw Away
Perhaps A Distance is Barrier
I Can't Change My Past
Believe I Can Take Away The Pain
So Now All Can I Ask for
One Last Try....

Only One & One

Monday, 30 July 2012

In Front Of My Eyes....

In Front of My Eyes...
I Don't need a Perfect One
I Just need Someone
Wh can make Me Feel
That I'm the Only One and One...
In Front of My Eyes...
My Life, My Choices,
My Mistake, My Lesson
I really don't expect to much
Just a Memoirs of Me...
In Front of My Eyes...
I Hold all of My Tears
I Don't have to be Great
To start but have to start to be Great...
In Front of My Eyes...
I Have to Distance Inside
To be a good one for Someone
And for some Reason...


(Wan aka One)

Sunday, 29 July 2012

I NEVER WANNA SAY...

I never wanna say I'm happy
because everything is looking alright...
I never wanna say I'm happy
Because of my smile...
I never wanna say I'm happy
because someone wanna me happy...
It's not about what I have been and seen
But I do get to Choose
Whether I'm happy or not...
I never wanna say
And will never say...

It's Me,
One & One

Tuesday, 24 July 2012

Antara Kuasa, Pangkat, Ketua & Kuli

Antara Kuasa, Pangkat, Ketua & Kuli...
Biasa dan biasa
Adat dan adat sesama kita
Tatkala dialam kerja demi
Mencari sesuap nasi...
Kita Kuli rela diarah demi Ketua
Mungkin ada yang tiada rela namun terpaksa
Dan juga memaksa...
Akur pada semua
Pada yang mengerti hakikat tugas
Yang diamanah kan pada diri...
Antara Kuasa, Pangkat, Ketua & Kuli
Ada yang mengaku berkuasa dan maha berkuasa
Hingga lupa soal kemanusiaan rasa
Aku ketua engkau kuli!
Siapa engkau
Apakah kepentingan engkau??
Apa kuasa engkau
Apa keistimewaan engkau
Engkau hanyalah Kuli!!
Mungkin kelaziman pada yg mengilai Kuasa...
Lumrah pada yang mengaku Ketua
Nilai-nilai kemanusiaan yang diceduk disekeliling kita
Tanpa kita sedari dan barangkali kita menyedari...
Antara Kuasa, Pangkat, Ketua & Kuli
Sukar mencari yang sempurna dimata hati
Baik sebutir permata didalam sekam
Panas berapi dari dalam...
Kita hanya Kuli
Mengabdi diri demi secubit rezeki
Antara  mengejar keredhaan Ilahi dan
Keberkatan Rezeki kita sering terbabas
Dilorong-lorong ciptaan sesama sendiri...
Terkadang ingin bersuara dan bila bersuara
Walau terang dan tanpa kias namun
Kita juga dipersalah hanya kerana kita ini tetap Kuli...
Sehingga mencari harga diri sendiri
Berjuang demi hari-hari yang akan ditempuhi...
Antara Kuasa, Pangkat, Ketua & Rezeki
Kita memerlukan dihubung kait kitaran
Setiap hari...
Selagi berputarnya kitaran waktu
Hanya sesama kita menjadi penentu...
Antara Kuasa, Pangkat, Ketua & Kuli
Nyata periuk nasi sendiri lebih bererti
Biar apa terjadi!


Catatan:
Aku ini Kuli...

Sunday, 22 July 2012

Alahai.....!!!

Hmmm....Alahai susahnya jika tuhan menganugerahkan "Mindset" yang langsung tidak boleh
Diubah walau hakikatnya Tuhan telah berdalil didalam Al-Quran.
Inilah hakikatnya seseorang dan mungkin juga seseorang yang lain dan disekelilingnya.
Alahai...Seksanya jika terlalu mendabik dada dengan apa yang ada walau tak seberapa...
Inilah hakikat kerana fitrah manusa dan manusia yang sekelianya tega pada pangkat dan kuasa...
Hmmm...Alahai alangkah bongkak nya kita dan mungkin sesiapa saja yang 
Merasa diri penuh berkuasa...
Alahai...
Sukanya kita sesama manusia menjatuhkan hukuman tanpa berkira apa...
Biar tanpa bicara tanpa kuasa !!
Alahai...Kita yang kerdil dimata mereka menjadi mangsa pada cerita...
Walau benar untuk diperkata namun ditutup dengan dusta semata-mata!!
Alahai...Dunia! Oh dunia!! 
Sampai kiamat pun akan ada Dajal Bertopeng Manusia...
Kerana Manusia suka mencipta bala
Mendabik dada bahawa Aku lah yang berkuasa
Walaupun tanpa ilmu didada kerana akulah yang diberi kuasa


Catatan:
Manusia Biasa

Wednesday, 20 June 2012

Cerdik Tapi Hakikatnya Bodoh

Barangkali kenyataan sang manusia yang mengaku cerdik
Secerdik-cerdiknya, Nyata hakikat sebenar memang
Terserlah kebodohan yang amat...
Mendabik dada dimata manusia diwilayah dunia
Bergema mengatakan Akulah sang cerdik dan akulah
Sang bijak pandai lagi berguna!
Berterusan menghina dan mengata sesiapa
Kerana akulah manusia yang cerdik dan teramat cerdik!
Andai ditambah pangkat lagi sedap menjunjung dunia
Lagi sedap bejalan mendongak kemuka angkasa
Bangga yang membuak rasa sehinggakan merasa
Orang lain tiada berguna....
Hanya layak ditapak kaki sahaja...!
Akulah sang cerdik dunia
Tak akan ada yang terlawan...
Tak akan ada yang melawan...
Semua aku yang pengaruhi mereka!
Sicerdik yang teramat cerdik
Sesuka hati dan rasa menjerkah sesiapa
Tanpa adab dan rasa...
Tidak disedari telinga yang mendengar menyeranah
Nyah engkau keneraka!
Tanpa disedari ada mata yang memandang
Penuh meluat dan menyampah rasa
Nyah kau manusia hina kaulah
Yang buta dalam syurga perasaan seksa!
Cerdik dan terlalu cerdik sehingga merelakan
Lidah memaki hamun sesiapa tanpa perasaan dijiwa
Mungkin hari ini Akulah raja dimata dunia
Hinggakan Aku mampu berbuat apa-apa sahaja!
Menghina, mengutuk, mengata, menjatuhkan sesiapa saja!
Enteng sekali memfitnah dan membunuh naluri insan biasa
Kerana Aku lah manusia tercerdik lagi cerdik
Walau tanpa disedari engkau lah manusia palsu lagi durjana!
Syurga dunia yang kau cipta bersandarkan neraka jahanam
Bukan lagi syurga!
Tiada peduli pada semua
Kerana berpegang hakikat
Aku lah manusia cerdik dan cerdik
Nyata sekali si cerdik tapi hakikatnya bodoh...!!!

Nukilan Untuk Semua Yang Mengaku Cerdik Tapi Bodoh!
Wann106