Sunday 12 January 2014

AKU TIDAK TAHU

AKU TIDAK TAHU

Aku tidak tahu kapan bila
Aku harus begini...
Tertunggu-tunggu dan ternanti-nanti
Tiada siapa yang mengerti
Baik aku sendiri
Mahu pun yang tiada peduli..

Aku tidak tahu
Kian mengapa aku terkedu
Tiada kata melain sendu
Mendayu dihati simfoni pilu...
Aku hanya aku
Dan aku pun tidak tahu...

Aku tidak tahu dan tidak
Akan aku tahu...
Siapakah yang akan
Membawa aku pergi...
Menyelamat sebuah perjalanan sepi
Dalam mainan rasa disudut hati...

Aku tidak tahu
Dimana bermula dan berakhir..
Adakah ini satu mimpi ngeri atau
Sebuah hikayat diri...
Kerana aku sendiri
Tidak akan tahu melainkan aku
Diberi sejuta deria rasa
Dan mukjizat diri....

Aku tidak tahu
Dan tidak akan tahu
Seabad dan berabad lagi
Demi kerana aku hanya mampu
Berpasrah sendiri....

Aku....
Wann76