Sunday 1 April 2012

Tidak Mahu Pergi Tapi Ingin Berlari....

Aku...
Sesungguhnya tidak mahu pergi
Tetapi ingin berlari
Kemana dan dimana sahaja
Dibawa langkah mencari punca...
Aku...
Sesungguhnya tidak mahu pergi
Tetapi ingin berlari
Mencari pelangi dihujung menanti
Mengapai awan menyentuh bintang...
Aku...
Sesungguhnya tidak mahu pergi
Tetapi ingin berlari
Meredah onak duri
Membawa lara pergi...
Aku...
Sesungguhnya tidak mahu pergi
Tetapi ingin berlari demi hari-hari
Yang sering aku nanti
Walau tahu ia tiada pernah tega menanti...
Aku...
Sesungguhnya tidak mahu pergi
Tetapi ingin berlari walau
Tahu Aku ini hanya insan sepi lagi sendiri...
Hakikat aku sesungguhnya tidak mahu pergi
Tetapi ingin berlari mencabar diri
Dilamunan terhenti namun pasti
Tidak pernah mati
Kerana sesungguhnya 
Aku tidak mahu pergi tetapi tetap
Ingin berlari dan berlari...


Catatan:
Wann106

No comments:

Post a Comment