Wednesday 20 June 2012

Cerdik Tapi Hakikatnya Bodoh

Barangkali kenyataan sang manusia yang mengaku cerdik
Secerdik-cerdiknya, Nyata hakikat sebenar memang
Terserlah kebodohan yang amat...
Mendabik dada dimata manusia diwilayah dunia
Bergema mengatakan Akulah sang cerdik dan akulah
Sang bijak pandai lagi berguna!
Berterusan menghina dan mengata sesiapa
Kerana akulah manusia yang cerdik dan teramat cerdik!
Andai ditambah pangkat lagi sedap menjunjung dunia
Lagi sedap bejalan mendongak kemuka angkasa
Bangga yang membuak rasa sehinggakan merasa
Orang lain tiada berguna....
Hanya layak ditapak kaki sahaja...!
Akulah sang cerdik dunia
Tak akan ada yang terlawan...
Tak akan ada yang melawan...
Semua aku yang pengaruhi mereka!
Sicerdik yang teramat cerdik
Sesuka hati dan rasa menjerkah sesiapa
Tanpa adab dan rasa...
Tidak disedari telinga yang mendengar menyeranah
Nyah engkau keneraka!
Tanpa disedari ada mata yang memandang
Penuh meluat dan menyampah rasa
Nyah kau manusia hina kaulah
Yang buta dalam syurga perasaan seksa!
Cerdik dan terlalu cerdik sehingga merelakan
Lidah memaki hamun sesiapa tanpa perasaan dijiwa
Mungkin hari ini Akulah raja dimata dunia
Hinggakan Aku mampu berbuat apa-apa sahaja!
Menghina, mengutuk, mengata, menjatuhkan sesiapa saja!
Enteng sekali memfitnah dan membunuh naluri insan biasa
Kerana Aku lah manusia tercerdik lagi cerdik
Walau tanpa disedari engkau lah manusia palsu lagi durjana!
Syurga dunia yang kau cipta bersandarkan neraka jahanam
Bukan lagi syurga!
Tiada peduli pada semua
Kerana berpegang hakikat
Aku lah manusia cerdik dan cerdik
Nyata sekali si cerdik tapi hakikatnya bodoh...!!!

Nukilan Untuk Semua Yang Mengaku Cerdik Tapi Bodoh!
Wann106

No comments:

Post a Comment