Monday, 30 April 2012

Hmmm.....Apa yang harus ku perkatakan???
Aku sendiri tiada keruan
Meniti hari-hari didunia baru...
Menjalani kembali hidup seperti tiada apa yang tahu
 Betulkah apa yang ku pilih ini
Biar tanpa aku sukai...
Biar tanpa aku relai...
Hidup satu pengorbanan untuk yang lain
Hanya untuk merasai keluh kesah kehidupan
Melalui satu dimensi yang terpaksa aku lakukan
Kerana aku terpaksa dan terpaksa...
Diuji, dicuba dibuli tanpa rasa
Aku hanya mampu menangung beban rasa
Dalam diam...
Tidak tahu sampai bila aku akan bertahan
Demi sebuah pengorbanan alam pekerjaan..
Cuma mampu berpesan pada diri
Tabah lah, sabar lah, kuat lah....
Walau puas sekali  pun
Ini lah salasilah sebuah kehidupan seorang
Wanita yang kesepian dan kehilangan
Lalu menjadi mainan kejahilan dan kekejaman manusia...
Tuhan berilah aku kekuatan, kesabaran...
Bawalah aku kealam keberkatan mu...
Usah lagi aku terus dicuba dan diduga...
Demi kerana aku ini hanyalah
Seorang Hawa yang terlalu lemah...

Catatan Rasa:
Wann

Thursday, 5 April 2012

Engkau Kah Itu

Engkau kah itu yang berdiri disitu
Engkau kah itu yang mengintai pintu hati
Engkau kah itu yang cuba mengunci perasaan ini
Engkau kah itu yang mengetuk naluri ini
Dan cuba mencipta mimpi
Engkau kah itu yang aku kenali
Engkau kah itu yang cuba aku jejaki
Engkau kah itu yang cuba aku dekati
Dan engkau kah itu
Yang cuba menebar segala janji-janji
Aku tidak pasti engkau kah itu
Yang dikata dan diperkata
Engkau kah itu yang aku ingini
Aku masih tidak pasti adakah engkau kah itu...
Jelas aku tertanya-tanya
Engkau kah itu yang sering muncul dialam mimpi ku
Kerana aku masih ternanti-nanti
Adakah engkau kah itu...

Sunday, 1 April 2012

Tidak Mahu Pergi Tapi Ingin Berlari....

Aku...
Sesungguhnya tidak mahu pergi
Tetapi ingin berlari
Kemana dan dimana sahaja
Dibawa langkah mencari punca...
Aku...
Sesungguhnya tidak mahu pergi
Tetapi ingin berlari
Mencari pelangi dihujung menanti
Mengapai awan menyentuh bintang...
Aku...
Sesungguhnya tidak mahu pergi
Tetapi ingin berlari
Meredah onak duri
Membawa lara pergi...
Aku...
Sesungguhnya tidak mahu pergi
Tetapi ingin berlari demi hari-hari
Yang sering aku nanti
Walau tahu ia tiada pernah tega menanti...
Aku...
Sesungguhnya tidak mahu pergi
Tetapi ingin berlari walau
Tahu Aku ini hanya insan sepi lagi sendiri...
Hakikat aku sesungguhnya tidak mahu pergi
Tetapi ingin berlari mencabar diri
Dilamunan terhenti namun pasti
Tidak pernah mati
Kerana sesungguhnya 
Aku tidak mahu pergi tetapi tetap
Ingin berlari dan berlari...


Catatan:
Wann106

Friday, 30 March 2012

Aku Bosan!!!!

Takala hati merintih bersedih
Aku jadi bosan dan bosan
Pada semua keadaan
Pada semua kecelaruan
Pada semua dipandangan
Pada semua dipendengaran
Aku bosan dan Aku bosan...
Memandang kedepan aku hairan
Memandang ketepi aku seperti ketinggalan
Memandang kekiri aku kerungsingan
Memandang kekanan aku kekosongan...
Sampai bila akan berlarutan
Saban hari aku bosan
Setiap saat aku bosan
Setiap detik aku bosan...
Teramat bosan
Terpaksa memndam dibalik senyuman
Berpura dalam kegembiraan
Walau hakikat Aku Bosan...
Sesungguhnya Aku teramat bosan...

Aku....
Wann

Tuesday, 27 March 2012

Hold On...!!

Hold On To Love 
Don't Let Go
Hold On To Dream
Dream and Hope
Fight With Me This Destiny...
Every Tears Every Cry
Was In Vein
Every Smile and All This Lost
If U Leave Baby
U Loosing Me And Us....
Hold On To Memories In Ur Heart
Listen To Silent
Hold On And Bring My Love Tonight
Hold On To Me My Baby
Hold On To Memories In Ur Heart
Listen To The Silent
Hold On And Bring My Love Tonight
Hold On To Me My Baby

Some Lyrics From My Favourite Song

SemuaNya

Alangkah....
Alangkah susahnya jika semuanya
Serba tak kena
Alangkah...
Gusarnya jika semuanya
Serba tak kena
Alangkah...
Susahnya jika semuanya
Juga tidak kena
Semuanya sungguh menyeksakan
Hanya kerana bernama Manusia
Semuanya sungguh menyusahkan
Hanya kerana peristiwa
Semuanya sungguh memeritkan
Demi sebuah kehidupan
Semuanya dusta semata-mata
Kerana sebuah kisah duka
Semuanya amat membarakan jiwa
Semuanya amat memualkan
Mendengar keluh kesah dan nista manusia
Semuanya amat aku bencikan
Semuanya....

Aku & Aku
Wann76

Monday, 26 March 2012

Entah....

Entah sampai bila harus Aku begini
Termanggu-manggu didalam pencarian
Merangkak didalam sebuah perjalanan
Berlari-lari mencari sebuah kehidupan
Entah sampai bila harus Aku begini
Mengira bintang dilangit
Menadah titisan hujan
Memerah keringat dibalik sang mentari
Dalam kebingungan Aku terus mencari
Entah sampai bila adakah akan
Aku temui...
Entah sampai bila Harus Aku begini
Hanya mampu merenung sepi
Pada hari-hari yang dibawa pergi
Walau Aku sendiri sering lalui..
Entah dan entah bila
Aku tiada keruan
Memendam perasaan disudut anganan
Entah bagaimana akan ku rungkai
Persoalan ini disuatu hari nanti
Kerana Aku sebenarnya Entah akan bila
Mampu menggapai impian...
Entah.....


Catatan: Wann76